Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ni melancarkan Majlis Makan Tengahari Bersempena Pengenalan Dan Pelancaran “Buffet Lunch @PICC”. Pelancaran ini diadakan bertujuan untuk menjadikan PICC sebuah destinasi tempat makan terbaru di Putrajaya yang beroperasi dari jam 7.30 pagi sehingga 10.00 malam.
“Kami ingin mengubah persepsi orang ramai terhadap PICC yang sebelum ini mengenali PICC hanya sebagai pusat konvensyen,” kata Pengerusi Perbadanan Putrajaya, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Aseh bin Haji Che Mat.
“Buffet lunch @PICC” akan menghidangkan lebih dari 65 jenis hidangan diantaranya Rendang Minang Hati Lembu, Ayam Percik Kelantan, Ikan Patim Asam Tempoyak, Masak Lemak Telur Itik Pucuk Paku dan pelbagai lagi hidangan dengan harga tetap serendah RM15. Café @PICC akan beroperasi untuk “Buffet Lunch” dari jam 11.30 pagi sehingga 3.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kedudukan strategik Café @PICC yang berhadapan dengan permandangan Putrajaya menjadikan ia satu kelebihan kerana orang ramai juga boleh menjamu selera sambil menikmati keindahan permandangan Putrajaya.
Dalam masa terdekat ini juga, PICC akan membuka sebuah lagi restoran bersebelahan dengan Café @PICC. Restoran yang berkonsepkan “Family Steamboat” akan beroperasi disebelah malam